Kopi biji mengkudu
Kenikmatan kopi mengkudu tidak hanya dimulut dan leher
saja tetapi mempunyai kenikatan pada kesehatan tubuh kita. Semua orang sudah memaklumi
buah mengkudu itu sendiri dan faedah yang digunakan untuk menikmati buah yang mempunyai berbagaii
khasiat ini. Antaranya ia dijadikan jus, atau biasanya buah mengkudu dipetik
dan diperam di atas garam atau di dalam beras, apabila sudah masak ia boleh di
makan begitu saja. Hanya boleh dicampur dengan gula untuk di makan. Kebanyakan orang kurang menggemari rasa buah mengkudu ini
yang agak pahit dan ia jugak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan apabila
sudah masak dan agak ranum.
Baru-baru ini semasa pulang ke kampung, ibu saya telah
mempekenalkan kopi biji mengkudu ini kepada saya. Sebelum ini ibu saya biasa
mengamalkan jus mengkudu yang dibuat sendiri, yaitu dari buah mengkudu yang
telah masak dan diambil airnya. Mungkin ada yang sudah mengetahui tentang kopi
biji mengkudu ini. Tetapi mungkin ada juga yang belum mengetahuinya, biasanya
produk yang dihasilkan dari mengkudu di pasaran sekarang ini antaranya ialah
jus mengkudu pelbagai perisa, ubat gigi, minyak gosok, balsem yang mengandungi
ekstrak mengkudu. Tetapi agak unik bagi saya, yang sebelum ini hanya mengetahui
yang biji mengkudu hanya dibuang selepas mengambil isi dan jusnya, rupa-rupanya
bijinya juga boleh di jadikan kopi yang sangat enak dan mempunyai banyak
khasiat sepertimana buahnya. Tambahan pula, kopi biji mengkudu dapat dihasilkan
sendiri di rumah.
Aroma kopi biji mengkudu sangat istimewa, tidak ubah seperti kopi biasa yang dibancuh cair ala-ala nescafe gitu!. memang sedap, tapi, ia tidak boleh dibancuh pekat kerana, biji mengkudu agak panas.
Aroma kopi biji mengkudu sangat istimewa, tidak ubah seperti kopi biasa yang dibancuh cair ala-ala nescafe gitu!. memang sedap, tapi, ia tidak boleh dibancuh pekat kerana, biji mengkudu agak panas.
Menurut ibu saya yang telah mengamalkan makan buah
mengkudu dan minum kopi dari biji mengkudu setiap hari, Alhamdulillah, dengan
izin Allah kadar tekanan darah tingginya juga telah berkurangan begitu juga
dengan kadar kolestrol dan kencing manis juga telah menurun..ibu juga turut
merasai keberkesanan dari mengkudu, apabila dia tidak lagi merasa sakit-sakit
di bahagian sendi kaki, dan merasa badannya lebih ringan dan cerdas, tidak lagi
kerap merasa letih, di samping mencuci usus dan buang angin. Tetapi sayangnya,
kopi yang tidak berkefien, dan mempunyai khasiat ini, masih belum
diketengahkan, untuk dijadikan minuman kesihatan secara komersial. Saya
bercita-cita untuk mengkomersialkan kopi ini di pasaran, Insyaallah..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar